Wednesday, November 30, 2011

Ah , sudah

Cara terbaik melupakan keperitan adalah melalui keperitan itu sendiri .

Sunday, November 27, 2011

Campak

Bahan bacaan aku sudah lama tak disentuh akibat gerombolan aktiviti misteri yang datang mengejut .

Makanya aku mula alah dari satu ke sesuatu . Hati mula lari dari dua ke kedua . Dan perasaan kecamuk ini aku mulai kumpul dan campak . Oh , minta maaf ! tiada sebab untuk aku kutip balik .

Mohon tunjukkan sebab .

Tuesday, November 15, 2011

Tiba - tiba lagi

Ini sangat tidak adil !

Kenapa ? Takkan sebab ia tidak menyebelahi maka kamu kata ini tidak adil ?

Ah ! Ini memang tidak adil !

Sunday, November 13, 2011

Antara lirikal dan lagu terbaik aku pernah dengar

Lagu zaman sekarang ni dah berbagai bagai . Ada orang sukakan lagu ini , ada orang bencikan lagu itu . Pada aku lagu semua sama . Terpulang pada halwa telinga manusia yang mendengar lagu tersebut untuk menilainya .

Aku suka pada lagu yang mempunya lirikal indah yang sejajar dengan melodinya . Juga sukakan lirikal benci , marah , bercerita pasal keadaan semasa tapi juga sejajar dengan melodi lagu tersebut . Lirikal indah ini aku fokuskan kepada lagu berbahasa Melayu . Kerana aku orang Melayu dan bagi aku bahasa ini mempunyai kekuatan puitis untuk mengambarkan yang indah , tapi senang difahami .

Bukan hanya untuk lagu cinta , tetapi juga ketuhanan . Ketuhanan yang bukan terus atau langsung seperti nasyid . Bukan aku tidak sukakan nasyid . Tapi aku berbicara soal kepengguanaan bahasa dalam lirik .

Aku sukakan kiasan . Kerana percakapan terus untuk menyampaikan sesuatu hasrat atau isi hati itu bosan . Biasanya percakapn terus itu tidak bermakna . Seperti borak kosong dengan rakan - rakan .

Suatu masa - M.Nasir




Tiba - tiba

Tiba - tiba aku rasa macam nak ubah sikit rancangan masa depan hidup aku .
Sikit je .

Saturday, November 12, 2011

Sedikit hilang

Walaupun aku sedikit benci aku yang dulu , tapi aku rindu nak jadi sesuatu yang macam dulu .

Pundek !

Sejak setahun lepas , aku dah tak cool macam dulu . Nak salahkan siapa ?

Ye , kau yang bersalah .
Kau dan Mark Zuckerberg yang bersalah .

Monday, November 7, 2011

Cis

Cis , cuba bagitau aku mana nak sembunyi lagi di zaman Facebook dan Twitter ini ?
Jauh di sudut hati manusia rindukan zaman ais .

Sunday, November 6, 2011

Tanah Melayu

Aku seorang manusia yang lahir di Tanah Melayu .
Aku tidak pernah keluar dari sini .
Aku tidak pernah keluar negara .
Aku tidak pernah diajak ke luar negara .

Aku bukan macam kamu .

Aku selesa di sini .
Aku bagus di sini .
Aku relakan di sini .
Dan aku ...

Baik - baik sahaja mengecapi mimpi lucid di sini .

Bukan cemburu ,
Bukan menipu ,
Biarkan aku melawan nafsu .