Sunday, November 13, 2011

Antara lirikal dan lagu terbaik aku pernah dengar

Lagu zaman sekarang ni dah berbagai bagai . Ada orang sukakan lagu ini , ada orang bencikan lagu itu . Pada aku lagu semua sama . Terpulang pada halwa telinga manusia yang mendengar lagu tersebut untuk menilainya .

Aku suka pada lagu yang mempunya lirikal indah yang sejajar dengan melodinya . Juga sukakan lirikal benci , marah , bercerita pasal keadaan semasa tapi juga sejajar dengan melodi lagu tersebut . Lirikal indah ini aku fokuskan kepada lagu berbahasa Melayu . Kerana aku orang Melayu dan bagi aku bahasa ini mempunyai kekuatan puitis untuk mengambarkan yang indah , tapi senang difahami .

Bukan hanya untuk lagu cinta , tetapi juga ketuhanan . Ketuhanan yang bukan terus atau langsung seperti nasyid . Bukan aku tidak sukakan nasyid . Tapi aku berbicara soal kepengguanaan bahasa dalam lirik .

Aku sukakan kiasan . Kerana percakapan terus untuk menyampaikan sesuatu hasrat atau isi hati itu bosan . Biasanya percakapn terus itu tidak bermakna . Seperti borak kosong dengan rakan - rakan .

Suatu masa - M.Nasir




2 comments: