Tuesday, January 10, 2012

Esok

Esok ,
Esok sebenarnya hari - hari biasa bagi aku .
Lusa , tulat , tonggeng , terbalik ,
Hanyalah hari - hari yang biasa .

Semalam ,
Juga hari yang biasa .
Semalam , kelmarin ,
Hanyalah hari - hari yang biasa .

Tiada apa yang luar biasa dalam kotak seharian manusia .
Sebenarnya ,
Kecuali kalau kita ingin , mahu atau mengikhtiraf
sesuatu hari itu sebagai luar biasa .

Ruang ,
Ruang infiniti otak aku masih lagi kosong .
Ya , aku mahu pecahkan !
Pecahkan satu persatu dan letakkan di sebuah sudut .
Kemudian biar aku susun sendiri seperti jigsaw puzzle .
Aku janji ,
Secebis pun tak akan hilang .

Kerana , aku masih mahu fokus pada yang satu .
Fokus pada Dia yang mencipta .
Doaku satu persatu telah dimakbulkan .
Aku bukan setakat percaya , malah lebih dari yakin .

Sehina manusia macam aku ini doanya masih dimakbulkan ?
Itulah satu sisi Maha Pendengar ,
Pencipta aku , engkau dan mereka .

Friday, January 6, 2012

Cukup - cukuplah

Baik . Dah tahun 2012 dah ni .

Aku rasa dah cukup .

Cukup - cukuplah

Thursday, December 15, 2011

Hujan

Dan akibat hujan di petang begini , aku terpaksa lakukan mimpi tanpa hibernasi .
Mimpi tanpa hibernasi .

Tuesday, December 13, 2011

Kehilangan dan Ketidakadilan

Kalau semalam “ Selamat pagi “ , jangan senyum . Kerana hari ini belum tentu . Sesekali imbas saat “ Selamat tinggal “. Bila kali terakhir ungkapan kesal ? Ingat .

Kehilangan . Kita berkisar dan tempiaskan kepada kehidupan . Yang mana kehidupan perlu ada kehilangan . Kematian , salah satunya . Memang kita meletakkan kehilangan kepada ketidakadilan . Ketidakadilan hasil daripada kekesalan ? Juga ketidakpuasan .

Langsungan kehidupan bergantungan . Jadi untuk kelangsungan itu kita bergantung kepada manusia yang hidup . Yang makan bersama kita , yang bekerja bersama kita , yang memegang kita , yang berjalan bersama kita . Rantaian ini akan berakhir jika meraka mati . Atau kita yang mati . Yang telah pergi …. Jangan lupa yang akan pergi .

Jika yang hidup akan mati , yang kita sayang akan mati , yang kita bergantung akan mati , adakah masih ada keadilan ? Kenapa yang jahat itu hidup lama ? Kenapa yang baik itu pergi dahulu ? Dimanakah keadilan ?

Tiada satu pun yang adil dalam sistem manusia . Nama Keadilan itu juga tidak adil . Tak faham ? PARTI KEADILAN RAKYAT itu pun belum tentu adil . Aku tak cakap UMNO itu adil . Gua pun memang tidak adil .

Antara kita dengan pencipta , keadilan itu datang dari sejauh mana kepercayaan kita . Sejauh mana hukum yang kita buat , sejauh mana amalan . Jadi untuk soal kehilangan ( baca kematian ) itu memang adil . Hanya untuk yang mempunyai kepercayaan . Pegi jahanam siapa yang tak mampu untuk percaya .

Jadi untuk survival korupsi anda berhak berkata begini .

Ini tidak adil !

Kenapa ? Ia tidak menyebelahi kamu , maka kamu katakan ini tidak adil ?

Ah ! Ini tidak adil !

Aku pun tak faham .

Friday, December 9, 2011

Ambil hati

Ya , aku memang tak pandai nak mengambil hati .
Tapi kalau awak , ambillah .
Ambil banyak mana yang awak mahu .

Sumpah , saya tak kisah .

Nak jaga , nak buang , nak junjung , nak pijak ..
Awak buatlah apa pun .

Sumpah , saya tak kisah .